SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK TANAH PUTIH BARU, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

Sabtu, 19 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH

"Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" ..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isnin, 23 November 2009

SEKOLAH SATU SESI 2010

Mulai tahun 2010 sesi persekolahan SK TANAH PUTIH BARU akan beroperasi pada satu sesi sahaja iaitu pada sesi pagi sahaja.Tahun 1-6 akan berada di sebelah pagi sahaja.Tiada persekolahan di sebelah petang kecuali aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan sahaja.

Jumaat, 13 November 2009

PELANCARAN KEMPEN MEMBACA 1 MALAYSIA



Nyanyian lagu MARI MEMBACA





Program RIMUP








Lari....kuat lari...



Larian.....rentas desa.Semua anak-anak terlibat dari tahun satu hingga enam.Murid kelas Khas dan pra sekolah juga terlibat.Lari pusing satu taman kat Perumahan Tanah Putih Baru.Setiap murid wajib melalui 4 chek point untuk menang....hadiah menarik!

Hari Kantin Sekolah

Huh!....hari yang sungguh meriah...seluruh warga SKTPB terlibat...



Murid tahun 6 membantu dalam jualan....dapat pengalaman tau



tu dia cef Yah sedang memasak



goreng apa tu ha....



Lauk-lauk...sambal poyok


Air-air sape nak beli air.....



Nasi lemak weh....mari-mari!



Huh tu dia cg syakila jual nasi minyak.laku jual tu!

Hari cikgu-cikgu tunjuk bakat.....bukan pandai ngajor aje tapi terer masak.Macam-macam gerai ada.Murid-murid boleh membeli hanya dengan menggunakan kupon.tak boleh guna duit.Murid-murid tahun enam membantu guru di gerai jualan.Satu pendedahan kepada mereka tentang keusahawanan....belajar dari pengalaman...bagus tu!

Sabtu, 31 Oktober 2009

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU


Salam..


Artikel ini saya terima dari kotak email saya.. Sekadar untuk berkongsi disini.., rasanya artikel ni bagus untuk kita memotivasikan diri untuk solat pada awal waktu.... Banyak kelebihannya.. Sekadar untuk renungan bersama, semoga kita sama-sama mendapat manafaatnya... Insya'Allah...




"Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu..


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la..) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya…"

Rabu, 14 Oktober 2009

album sktpb

Sabtu, 26 September 2009

Selasa, 8 September 2009

UPSR 8,9,10 SEPTEMBER 2009

SUDAH TIBA MASANYA MURID-MURID TAHUN 6 MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR YANG SEBENAR.CIKGU DOAKAN ANDA SEMUA DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN TENANG.INSYAALLAH DIA AKAN BERIKAN GANJARAN YANG SETIMPAL ATAS USAHA GIGIH KALIAN......

MOGA BERJAYA......UPSR5A!!!!

Ahad, 30 Ogos 2009

Sabtu, 29 Ogos 2009

Tadarus Al-Quran

Aktiviti Ihya Raamadan SKTPB

Pada setiap Ramadan SKTPB akan mengadakan aktiviti2 berikut:
1.Tadarus Al-Quran murid dan guru (rehat)
2.Tazkirah puasa
3.khatam Quran
4.Sumbanagan kepada anak yatim/miskin

MERDEKA.....31 0G0S


SELAMAT BERPUASA

RAMADAN datang lagi........
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."



Jumaat, 13 Februari 2009

KEGANASAN DI GAZA










Isu keganasan berterusan Israel ke atas penduduk Palestin menyebabkan ramai rakyat yang tidak berdosa terkorban. Peperangan di negara tersebut telah mengemparkan seluruh negara dunia dan menyebabkan ramai golongan masyarakat prihatin terhadap isu tersebut.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur kerana hidup dalam keadaan yang harmonis dan aman damai sejahtera. Peperangan dan penderitaan adalah satu kehidupan yang amat perit diamali dan kita perlu sedar bahawa dunia akan kiamat disebabkan kelalaian manusia yang ingin menjaga kepentingan diri sendiri.

Rabu, 11 Februari 2009

Rabu, 28 Januari 2009

GERHANA MATAHARI



Gerhana matahari terjadi ketika posisi Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari sehingga menutup sebagian atau seluruh cahaya Matahari. Walaupun Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya karena Bulan yang berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan Matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer.

Gerhana matahari dapat dibagi menjadi tiga jenis yaitu: gerhana total, gerhana sebagian, dan gerhana cincin. Sebuah gerhana matahari dikatakan sebagai gerhana total apabila saat puncak gerhana, piringan Matahari ditutup sepenuhnya oleh piringan Bulan. Saat itu, piringan Bulan sama besar atau lebih besar dari piringan Matahari. Ukuran piringan Matahari dan piringan Bulan sendiri berubah-ubah tergantung pada masing-masing jarak Bumi-Bulan dan Bumi-Matahari.

Gerhana sebagian terjadi apabila piringan Bulan (saat puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari piringan Matahari. Pada gerhana ini, selalu ada bagian dari piringan Matahari yang tidak tertutup oleh piringan Bulan.

Gerhana cincin terjadi apabila piringan Bulan (saat puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari piringan Matahari. Gerhana jenis ini terjadi bila ukuran piringan Bulan lebih kecil dari piringan Matahari. Sehingga ketika piringan Bulan berada di depan piringan Matahari, tidak seluruh piringan Matahari akan tertutup oleh piringan Bulan. Bagian piringan Matahari yang tidak tertutup oleh piringan Bulan, berada di sekeliling piringan Bulan dan terlihat seperti cincin yang bercahaya.

Gerhana matahari tidak dapat berlangsung melebihi 7 menit 40 detik. Ketika gerhana matahari, orang dilarang melihat ke arah Matahari dengan mata telanjang karena hal ini dapat merusakkan mata secara permanen dan mengakibatkan kebutaan.


[sunting] Mengamati gerhana matahari

Gerhana matahari tahun 1999 di PerancisMelihat secara langsung ke fotosfer matahari (bagian cincin terang dari matahari) walaupun hanya dalam beberapa detik dapat mengakibatkan kerusakan permanen retina mata karena radiasi tinggi yang tak terlihat yang dipancarkan dari fotosfer. Kerusakan yang ditimbulkan dapat mengakibatkan kebutaan. Mengamati gerhana matahari membutuhkan pelindung mata khusus atau dengan menggunakan metode melihat secara tidak langsung. Kaca mata sunglasses tidak aman untuk digunakan karena tidak menyaring radiasi inframerah yang dapat merusak retina mata.

Jumaat, 2 Januari 2009