SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK TANAH PUTIH BARU, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

Selasa, 18 Oktober 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Selamat mengulangkaji pelajaran serta selamat menjawab soalan peperiksaan.Usaha ,doa dan bertawakkal kepada Allah.Sesungguhnya keputusan yang kita dapat adalah dari ukuran usaha yang telah kita buat ,adakah telah banyak kita membaca buku pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan?
Selamat Menjawab soalan....moga berjaya.

Ahad, 11 September 2011

Sabtu, 28 Mei 2011


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.


Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Jumaat, 28 Januari 2011

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG kepada En.ROSLAND BIN OMAR (GURU BESAR SKTPB),PN.TRACY DAN PN.SAKINAH .Selamat bertugas di sekolah kami.

SELAMAT BERTUKAR

Selamat bertugas di sekolah baru kepada Guru Besar Pn.Kamariah bt Nan (bertukar ke SK Chenderawasih),Pn.Tan Siew Len,Pn.Barathi,En.Alan dan Pn.Akma.

Ahad, 23 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat menjalani sessi persekolahan 2011.Moga ceria di tahun baru.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Ahad, 16 Mei 2010

Ahad, 9 Mei 2010

FENOMENA SKTPB

Murid baru 2010-Tahun Satu


                                              Murid Pendididkan Khas
             Sesi pembelajaran murid pendidikan khas
kantin sekolah

kolam ikan

tapak perhimpunan
Makmal Komputer
Anjung Adun
             Kelas Pra Integrasi Pendidikan Khas

PSS

           Pembelajaran di kelas Pra Integrasi
Kelas Pra Sekolah

          Padang sekolah dalam proses baik-pulih

AKTIVITI SEMASA SKTPB

PERTANDINGAN CYBERGAME DI DEWAN INDRAMAHKOTA


KEM BESTARI SOLAT



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



RENTAS DESA



Terapi....main bowling.......kelas Pendidikan Khas....


Sabtu, 6 Februari 2010

Jamuan Perpisahan Ustaz Kamaruddin

Terima kasih atas segala curah bakti ustaz selama berada di SKTPB.

Cenderahati dari warga SKTPB

Jumaat, 5 Februari 2010

SELAMAT BERTUKAR KE SK BARU

Selamat bertukar ke sk baru kepada guru-guru tersebut:
1.Pn.Hazaranum
2.Cik Mastura
3.Pn.Mazlida
4.En.Norizan
5.En.Mohd Fuad
6.Pn.Norsiah
7.Pn.S.Barathi
8.Tn.HJ.Kamarudin(GPK Petang)

Semoga penghijrahan kalian menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman baru dan moga terus cemerlang dalam profesyen yg kita ceburi.Terima kasih di atas segala perkongsian dan ilmu yang telah dicurahkan di SKTPB.JASA
KALIAN TETAP DI KENANG.

SELAMAT DATANG JUGA KEPADA GURU-GURU YANG BARU BERTUKAR KE SKTPB:
1.PN SUHAILI
2.CIK NOR NAIMAH
3.CIK RAUDATHUL
4.EN.MOHD KHALIL
5.EN.ALAN
6.CIK NORASMARINA

SELAMAT BERTUGAS.BAKTI ANDA AMAT DIPERLUKAN DI SKTPB.

NAMA KELAS BARU 2010

NAMA KELAS SEBELUMNYA:
ARIF,BESTARI DAN CEMERLANG

NAMA KELAS MULAI 2010:
SIDDIQ,AMANAH DAN FATONAH

SENARAI NAMA KELAS SKTPB 2010:
1 SIDDIQ
1 AMANAH
2 SIDDIQ
2 AMANAH
3 SIDDIQ
3 AMANAH
4 SIDDIQ
4 AMANAH
4 FATONAH
5 SIDDIQ
5 AMANAH
5 FATONAH
6 SIDDIQ
6 AMANAH
6 FATONAH

Sabtu, 19 Disember 2009