SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK TANAH PUTIH BARU, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

Rabu, 29 Februari 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH ANAK-ANAK MURIDKU.................



Guru menyambut kedatangan murid ke sekolah.

Selasa, 28 Februari 2012

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR


Kursus ini telah dijalankan pada Rabu 22 Februari 2012.Kursus ini diadakan kepada semua pemimpn pelajar iaitu Pengawas Sekolah,Pengawas Perpustakaan,Pengawas Keceriaan dan Pengawas Pusat Sumber.

Ahad, 26 Februari 2012

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

PRORAM INI TELAH DIJALANKAN DENGAN JAYANYA PADA 17 FEBRUARI 2012.



















SEMUA MURID BERKUMPUL DI TAPAK PERHIMPUNAN .PROGRAM DIMULAKAN DENGAN BACAAN YASSIN DAN SELAWAT.DIIKUTI DENGAN PERARAKAN SAMBIL BERSELAWAT BERJALAN MENGELILINGI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN TANAH PUTIH BARU.SEMUA MURID TERLIBAT TERMASUK PRA SEKOLAH DAN KELAS PENDIDIKAN KHAS.
TURUT MENYERIKAN MAJLIS INI AKTIVITI PERTANDINGAN AZAN ,MEWARNA,BERCERITA DAN PERSEMBAHAN NASYID JUGA DI ADAKAN.PIHAK SEKOLAH JUGA TELAH MENJEMPUT IMAM MASJID NEGERI IAITU USTAZ NIZAM UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.BANYAK PENGAJARAN YANG DAPAT DIPEROLEHI DARIPADA CERAMAH TERSEBUT DAN TELAH MENYENTUH PERASAAN WARGA SKTPB DARIPADA INFO YANG DITAYANGKAN IAITU KITA HENDAKLAH MENGHARGAI APA YANG KITA ADA SEKARANG DAN HORMATI IBU BAPA KITA SELAGI MEREKA MASIH ADA.TERIMA KASIH KEPADA PENCERAMAH MOGA ANAK-ANAK SKTPB MENJADI INSAN-INSAN YANG SOLEH.

Selasa, 18 Oktober 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Selamat mengulangkaji pelajaran serta selamat menjawab soalan peperiksaan.Usaha ,doa dan bertawakkal kepada Allah.Sesungguhnya keputusan yang kita dapat adalah dari ukuran usaha yang telah kita buat ,adakah telah banyak kita membaca buku pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan?
Selamat Menjawab soalan....moga berjaya.

Ahad, 11 September 2011

Sabtu, 28 Mei 2011


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.


Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Jumaat, 28 Januari 2011

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG kepada En.ROSLAND BIN OMAR (GURU BESAR SKTPB),PN.TRACY DAN PN.SAKINAH .Selamat bertugas di sekolah kami.

SELAMAT BERTUKAR

Selamat bertugas di sekolah baru kepada Guru Besar Pn.Kamariah bt Nan (bertukar ke SK Chenderawasih),Pn.Tan Siew Len,Pn.Barathi,En.Alan dan Pn.Akma.

Ahad, 23 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat menjalani sessi persekolahan 2011.Moga ceria di tahun baru.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Ahad, 16 Mei 2010

Ahad, 9 Mei 2010

FENOMENA SKTPB

Murid baru 2010-Tahun Satu


                                              Murid Pendididkan Khas
             Sesi pembelajaran murid pendidikan khas
kantin sekolah

kolam ikan

tapak perhimpunan
Makmal Komputer
Anjung Adun
             Kelas Pra Integrasi Pendidikan Khas

PSS

           Pembelajaran di kelas Pra Integrasi
Kelas Pra Sekolah

          Padang sekolah dalam proses baik-pulih

AKTIVITI SEMASA SKTPB

PERTANDINGAN CYBERGAME DI DEWAN INDRAMAHKOTA


KEM BESTARI SOLAT



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



RENTAS DESA



Terapi....main bowling.......kelas Pendidikan Khas....